Filipina catat 5,803 kes baharu

MANILA 20 Jun – Jabatan Kesihatan Filipina merekodkan 5,803 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,359,015 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 84 pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 23,621 kematian.

Jumlah kes sembuh juga menunjukkan peningkatan dengan 94.0 peratus atau 1,277,715 orang termasuk 7,652 kes baharu yang dilaporkan pulih hari ini.

Kes aktif pula 57,679 atau 4.2 peratus daripada keseluruhan kes.

Daripada jumlah keseluruhan kes dicatatkan di negara ini, 4.2 % (57,679) adalah kes aktif, 94.0 % (1,277,715) pulih, dan 1.74 % (23,621) meninggal dunia.

Related posts

Leave a Comment