3,682 kes baharu Thailand

BANGKOK 20 Jun – Thailand merekodkan 3,682 kes baharu Covid-19, meningkat sedikit berbanding 3,667 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 218,131 kes dengan 20 lagi meninggal dunia menjadikan 1,629 kematian.

Daripada 3,682 kes, sebanyak 3,104 kes melibatkan orang awam termasuk 40 kes import dan 578 lagi adalah banduan penjara.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Bangkok merekodkan kes harian tertinggi iaitu 836 diikuti Samut Prakan 501.

Bangkok juga merekodkan kematian tertinggi iaitu 11 kes diikuti Nakhon Pathom (3), Samut Prakan (2) dan masing-masing satu kes di Chanthaburi, Rayong, Saraburi dan Ubon Ratchathani.

Kes import pula melibatkan 31 orang warga Thai yang pulang dari Kemboja, tiga warga Thai yang pulang dari Indonesia, dua lagi pulang dari India dan seorang dari Myanmar. Warganegara asing pula dari Jepun, Korea Selatan dan Afghanistan..

Kes sembuh pula meningkat kepada 183,759 berikutan pertambahan 2,401 lagi kes pulih manakala 32,743 sedang mendapatkan rawatan.

Program vaksinasi pula telah merekodkan 5,486,092 telah mendapat satu dos suntikan dan 2,101,086 untuk dua dos.

Thailand juga hari ini menerima satu juta dos vaksin Sinopharm dari China melalui Chulabhorn Royal Academy dengan menggunakan penerbangan dua pesawat Thai Airways dari Beijing.

Related posts

Leave a Comment