Kes jangkitan menghampiri 700,000

PUTRAJAYA 20 Jun – Kes jangkitan Jangkitan Covid-19 di negara ini menghampiri 700,000 kes apabila merekodkan 5,293 kes, berbanding 5,911 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketika ini kes Covid-19 di Malaysia berjumlah 696,408 kes.

Beliau berkata, ketika ini jumlah kes aktif adalah 63,815 kes.

Sebanyak 5,286 kes penularan tempatan membabitkan 3,894 warganegara dan 1,392 bukan warganegara.

Bagi kes import, sebanyak tiga daripada tujuh kes dilaporkan membabitkan rakyat tempatan dan empat lagi warga asing.

Setakat tengah hari tadi, seramai 880 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 454 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan juga merekodkan 69 kematian kes Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 4,408 kes (0.63 peratus).

Katanya, seramai 56 mangsa warganegara, manakala empat ahli warga asing.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 5,941 kes sudah sembuh sepenuhnya, dengan jumlah keseluruhan adalah 628,185 kes atau 90.2 peratus.

Related posts

Leave a Comment