Selangor turun tetapi mendahului

PUTRAJAYA 20 Jun – Selangor masih mendahului negeri-negeri lain merekodkan kes harian tertinggi Covid-19 dengan merekodkan 1,680 kes manakala Selangor yang menunjukkan sifar kes semalam mencatatkan dua kes.

Bagaimanapun angka yang dicatatkan Selangor hari ini lebih rendah berbanding 2,111 yang direkodkan semalam.

Begitu juga dengan Negeri Sembilan yang mencatatkan penurunan kes daripada 770 semalam kepada 693 hari ini manakala Sarawak menunjukkan peningkatan iaitu 661 kes berbanding 569 semalam.

Johor pula  menunjukkan peningkatan iaitu 627 (498), Melaka 183 (134), Pahang 77 (56) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 4 (3),

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula menunjukkan penurunan iaitu 379 (483), Sabah 163 (201), Kelantan 167 (223), Perak 205 (245), Kedah 170 (204), Wilayah Persekutuan Labuan 156 (185), Pulau Pinang 114 (167) dan Terengganu 12 (62).

Related posts

Leave a Comment