Arab Saudi catat 1,153 kes

RIYADH 19 Jun – Arab Saudi merekodkan 1.153 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 473,112. Menurut Kementerian Kesihatan jumlah kematian pula meningkat kepada 7,663 selepas 13 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Sebanyak 1,145 kes dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 454,404. Makkah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 335, diikuti Riyadh 266, Timur 148, dan  Asir  119. Kes aktif pula 11,045 kes dan  1,496 dalam keadaan kritikal..

Read More

Indonesia catat 12,906 kes

JAKARTA 19 Jun – Selepas lonjakan kes jangkitan semalam, Indonesia untuk hari ketiga berturut-turut terus merekodkan kes harian melebihi 12,000 iaitu 12,906 kes seperti dilaporkan hari ini. Semalam Indonesia merekodkan 12,990 kes dan sebelumnya, pada 17 Jun mencatatkan 12,624 kes. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Indonesia setakat ini 1,976,172 kes. Lima wilayah yang merekodkan kes harian tertinggi adalah Jakarta sebanyak 4,895 kes, Jawa Barat 2.104, Jawa Tengah 1.877, Jawa Timur 693 dan Yogyakarta 638.  Kes sembuh pula meningkat kepada 1,786,143 selepas 7,016 lagi pesakit dilaporkan sembuh hari…

Read More

Lebih separuh disuntik di Singapura

SINGAPURA 19 Jun – Lebih separuh penduduk Singapura sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19, manakala kira-kira 36 peratus pula sudah mendapat dua suntikan vaksin penuh. Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung, dalam catatan Facebook hari ini gembira dengan kemajuan itu dan akan melakukan yang terbaik bagi menyegerakan proses vaksinasi tetapi terbatas disebabkan bekalan vaksin kerana permintaan global yang tinggi. “Kami akan buat yang terbaik dalam mengesahkan kiriman lebih banyak vaksin bagi membolehkan kami membuka lebih banyak slot seawal yang mungkin,” jelasnya. Katanya, program vaksinasi nasional yang dipercepatkan ini mengutamakan suntikan…

Read More

Satu lagi kes import di Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN 19 Jun – Satu lagi kes import dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Negara Brunei Darussalam (NBD) seramai 252 orang. Kes baharu itu melibatkan seorang lelaki berumur 29 tahun yang tiba ke negara ini dari Indonesia melalui Singapura pada 15 Jun 2021. Beliau tidak mengalami sebarang tanda-tanda jangkitan dan 12 kontak terdekat yang telah ke negara ini bersama dengan kes tersebut telah menjalani kurantin sebaik sahaja tiba di Brunei Darussalam.  Menurut kenyataan media Kementerian Kesihatan,  setakat semalam, NBD mencatatkan 408 hari kes sifar, iaitu bagi…

Read More

5,911 kes baharu 72 kematian

PUTRAJAYA 19 Jun – Malaysia mencatatkan 5,911 kes harian Covid-19 dengan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik ini melanda negara meningkat kepada 691,115. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, hanya terdapat satu kes import yang menerima jangkitan dari luar negara. Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 64,522 kes. Dr Noor Hisham turut memaklumkan pertambahan sebanyak 72 kes kematian menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 4,349 kes. Kematian hari ini melibatkan 23 kes di Selangor, 15 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh di Negeri Sembilan, enam di Pahang, masing-masing lima kes di Johor dan Sarawak, tiga…

Read More

Filipina tambah 6,959 kes baharu

MANILA 19 Jun – Filipina hari ini merekodkan 6,959 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,353,220 kes. Menurut Jabatan Kesihatan, setakat pukul 4 petang, sebanyak 153 pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 23,538 orang. Pada masa yang sama, 9,407 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 1,270,243 atau 93.9 peratus orang pulih. Sebanyak 59,439 atau 4.4 peratus adalah kes aktif.

Read More

Thailand catat kenaikan 3,667 kes

BANGKOK 19 Jun – Thailand terus mencatatkan kenaikan kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 3,667 kes hari ini berbanding 3,058 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 214,449 kes. Sebanyak 32 lagi pesakit yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,609 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 3,232 kes adalah orang awam termasuk 32 kes import manakala 435 lagi adalah berkaitan penjara. Pada masa yang sama sebanyak 4,948 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital dan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 181,358 orang. Sementara kes kematian pula…

Read More

21 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 19 Jun – Sebanyak 21 kes baharu dilaporkan di Singapura hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 62,403 kes dengan 34 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, daripada jumlah itu, 14 adalah kes dalam masyarakat dan tujuh kes import. Bagi kes dalam masyarakat, 10 kes ada hubung kait dengan kes terdahulu di mana tujuh sudah dikenakan kuarantin dan tiga dikesan melalui proses pengawasan. Sementara itu, tujuh kes import dilaporkan melibatkan rakyat Singapura atau Penduduk Tetap Singapura yang baru pulang ke Singapura. Mereka sudah dikenakan notis jangan keluar rumah sebaik tiba di sini.

Read More

Selangor terus naik, Perlis sifar kes

PUTRAJAYA 19 Jun – Selangor masih merekodkan kenaikan kes jangkitan positif Covid-19 dengan mendahului negeri-negeri lain sementara Perlis tidak mencatatkan sebarang kes yang dilaporkan hari ini. Daripada 5,911 kes yang direkodkan hari ini, Selangor menyumbang 2,111 berbanding 2,095 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 226,455. Negeri Sembilan menduduki tangga kedua tetapi mencatatkan penurunan dari  870 semalam kepada 770 hari ini sementara Sarawak yang merekodkan 536 kes semalam hari ini menambah kes dengan 569. Turut mencatatkan kenaikan adalah Kelantan 223 (200), Kedah 204 (159), Wilayah Persekutuan Labuan…

Read More

Angka vaksinasi turun

JUMLAH vaksinasi harian semalam, 18 Jun 2021 mencatat sedikit penurunan berbanding hari sebelumnya. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 180,066 dos vaksin dicatatkan berbanding 221,706 dos pada 17 Jun. Ia membabitkan 147,616 dos pertama manakala selebihnya 32,450 dos kedua. Jelas JKJAV, pencapaian itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara setakat ini adalah 5.51 juta dos. Jumlah kumulatif penerima vaksin dos pertama 3.95 juta manakala mereka yang sudah melengkapkan dos kedua adalah 1.55 juta orang. Negeri yang mencatat penerima vaksin tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur…

Read More