Indonesia catat 12,906 kes

JAKARTA 19 Jun – Selepas lonjakan kes jangkitan semalam, Indonesia untuk hari ketiga berturut-turut terus merekodkan kes harian melebihi 12,000 iaitu 12,906 kes seperti dilaporkan hari ini.

Semalam Indonesia merekodkan 12,990 kes dan sebelumnya, pada 17 Jun mencatatkan 12,624 kes.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Indonesia setakat ini 1,976,172 kes.

Lima wilayah yang merekodkan kes harian tertinggi adalah Jakarta sebanyak 4,895 kes, Jawa Barat 2.104, Jawa Tengah 1.877, Jawa Timur 693 dan Yogyakarta 638. 

Kes sembuh pula meningkat kepada 1,786,143 selepas 7,016 lagi pesakit dilaporkan sembuh hari ini manakala 248 lagi meninggal dunia menjadikan 54,291 kematian.

Sementara itu, bagi program vaksinasi Covid-19 hari ini, jumlah penerimanya kini melebihi 22 juta orang atau lebih tepat 22,873,342 orang.

Peningkatan ini berikutan tambahan penerima vaksin harian sebanyak 418,175.

Setakat ini, 12,212,906 sudah melengkapkan dua dos suntikan sementara sasaran vaksinasi Indonesia adalah 40,349,049 orang.

Related posts

Leave a Comment