Arab Saudi catat 1,153 kes

RIYADH 19 Jun – Arab Saudi merekodkan 1.153 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 473,112.

Menurut Kementerian Kesihatan jumlah kematian pula meningkat kepada 7,663 selepas 13 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia.

Sebanyak 1,145 kes dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 454,404.

Makkah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 335, diikuti Riyadh 266, Timur 148, dan  Asir  119.

Kes aktif pula 11,045 kes dan  1,496 dalam keadaan kritikal..

Related posts

Leave a Comment