5,911 kes baharu 72 kematian

PUTRAJAYA 19 Jun – Malaysia mencatatkan 5,911 kes harian Covid-19 dengan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik ini melanda negara meningkat kepada 691,115.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, hanya terdapat satu kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 64,522 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan pertambahan sebanyak 72 kes kematian menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 4,349 kes.

Kematian hari ini melibatkan 23 kes di Selangor, 15 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh di Negeri Sembilan, enam di Pahang, masing-masing lima kes di Johor dan Sarawak, tiga  kes di Wilayah Persekutuan Labuan,masing-masing dua kes di Kelantan dan Pulau Pinang, serta masing-masing satu kes di Sabah, Perak, Melaka, dan Kedah.

Selain itu, sebanyak 886 kes setakat ini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 441 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala angka keseluruhan bagi kes pulih setakat ini adalah 622,244 kes termasuk jumlah kes pulih baharu yang dilaporkan sebanyak 6,918 kes.

Related posts

Leave a Comment