Satu lagi kes import di Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN 19 Jun – Satu lagi kes import dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Negara Brunei Darussalam (NBD) seramai 252 orang.

Kes baharu itu melibatkan seorang lelaki berumur 29 tahun yang tiba ke negara ini dari Indonesia melalui Singapura pada 15 Jun 2021.

Beliau tidak mengalami sebarang tanda-tanda jangkitan dan 12 kontak terdekat yang telah ke negara ini bersama dengan kes tersebut telah menjalani kurantin sebaik sahaja tiba di Brunei Darussalam. 

Menurut kenyataan media Kementerian Kesihatan,  setakat semalam, NBD mencatatkan 408 hari kes sifar, iaitu bagi kes terakhir jangkitan tempatan Covid-19 sejak laporan terakhir dicatatkan, pada 6 Mei 2020.

Dalam pada itu, setakat ini, sebanyak 111 kes import dicatatkan, iaitu sejak kes terakhir jangkitan tempatan berkenaan dilaporkan.

Dua kes telah sembuh semalam menjadikan 243 orang manakala enam kes aktif masih menjalani rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan dan kesemua kes dalam keadaan yang baik.

Related posts

Leave a Comment