Selangor terus naik, Perlis sifar kes

PUTRAJAYA 19 Jun – Selangor masih merekodkan kenaikan kes jangkitan positif Covid-19 dengan mendahului negeri-negeri lain sementara Perlis tidak mencatatkan sebarang kes yang dilaporkan hari ini.

Daripada 5,911 kes yang direkodkan hari ini, Selangor menyumbang 2,111 berbanding 2,095 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 226,455.

Negeri Sembilan menduduki tangga kedua tetapi mencatatkan penurunan dari  870 semalam kepada 770 hari ini sementara Sarawak yang merekodkan 536 kes semalam hari ini menambah kes dengan 569.

Turut mencatatkan kenaikan adalah Kelantan 223 (200), Kedah 204 (159), Wilayah Persekutuan Labuan 185 (152), Sabah 201 (199), Pulau Pinang 167 (122) dan Terengganu 62 (32).

Mencatatkan penurunan adalah Johor 498 berbanding 592 semalam, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 483 (816), Perak 245 (357), Melaka 134 (223), Pahang 56 (79) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 3 (6).

Related posts

Leave a Comment