Lebih separuh disuntik di Singapura

SINGAPURA 19 Jun – Lebih separuh penduduk Singapura sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19, manakala kira-kira 36 peratus pula sudah mendapat dua suntikan vaksin penuh.

Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung, dalam catatan Facebook hari ini gembira dengan kemajuan itu dan akan melakukan yang terbaik bagi menyegerakan proses vaksinasi tetapi terbatas disebabkan bekalan vaksin kerana permintaan global yang tinggi.

“Kami akan buat yang terbaik dalam mengesahkan kiriman lebih banyak vaksin bagi membolehkan kami membuka lebih banyak slot seawal yang mungkin,” jelasnya.

Katanya, program vaksinasi nasional yang dipercepatkan ini mengutamakan suntikan vaksinasi pertama agar lebih ramai orang mempunyai sekurang-kurangnya perlindungan menentang koronavirus ini. 

Beliau meminta agar lebih ramai tampil mendaftar bagi vaksinasi mereka dan hadir apabila tiba giliran untuk mendapatkan suntikan di samping berperanan menggalakkan teman-teman dan anggota keluarga berbuat demikian.

Related posts

Leave a Comment