Filipina tambah 6,959 kes baharu

MANILA 19 Jun – Filipina hari ini merekodkan 6,959 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,353,220 kes.

Menurut Jabatan Kesihatan, setakat pukul 4 petang, sebanyak 153 pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 23,538 orang.

Pada masa yang sama, 9,407 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 1,270,243 atau 93.9 peratus orang pulih.

Sebanyak 59,439 atau 4.4 peratus adalah kes aktif.

Related posts

Leave a Comment