Arab Saudi catat 1,269 kes

RIYADH 15 Jun – Kementerian Kesihatan merekodkan 1,269 kes baharu Covid-19 di Arab Saudi menjadikan jumlah keseluruhan 468,314 kes. Pada masa yang sama 16 kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah 7,606 orang meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,014 orang dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 450,255. Makkah merekodkan 402, diikuti Riyadh 262, Timur 186, dan Asir 105qq. Tetdapat 10,314 kes aktif dan 1,569 dalam keadaan kritikal.

Read More

Indonesia jangka Julai memuncak

JAKARTA 15 Jun – Indonesia menjangkakan gelombang baharu jangkitan Covid-19 memuncak pada awal Julai, berikutan varian Delta yang sangat mudah menular kini dominan di beberapa kawasan. Pada masa yang sama, ruang rawat di hospital-hospital di Jakarta juga sudah berada pada tahap 75 peratus. Hari ini Indonesia merekodkan 8,161 kes kes baharu Covid-19 yang menunjukkan sedikit penurunan yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,927,708. Angka kematian pula sebanyak 164 orang menjadikan 53,280 orang manakala kes sembuh merekodkan 6,407 menjadikan jumlah keseluruhan 1,757,641. Bagi mencegah penularan Covid-19, Indonesia  memutuskan untuk melanjutkan sekatan aktiviti…

Read More

Peralihan bersandarkan 3 indikator

PUTRAJAYA 15 Jun – Strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut pandemik Covid-19 merangkumi empat fasa dan akan membabitkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat. Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, berkata setiap fasa pelan pemulihan itu berpaksikan kepada data yang bersandarkan tiga indikator ambang utama untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya. Tiga indikator adalah keadaan penularan Covid-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian, keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) dan tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang…

Read More

Balik kampung? Sabar dulu…

PUTRAJAYA 15 Jun – Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengakui paling banyak menerima rayuan untuk balik ke kampung bagi menziarahi ibu bapa dan keluarga tersayang tetapi perkara itu masih tidak boleh dilakukan. “Sabar dulu… Kita mesti utamakan usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dahulu,” katanya yang juga sering menerima permintaan supaya acara sukan dengan kehadiran penonton di stadium dan majlis sosial dibenarkan. Beliau berkata hasrat itu dapat dilaksanakan dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat apabila mencapai imuniti kelompok pada Fasa Keempat. “Kejayaan kita mencapai imuniti kelompok pula bergantung kepada berapa…

Read More

Sidang Parlimen September, Oktober

PUTRAJAYA 15 Jun – Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin memberi komitmen bahawa sidang Parlimen boleh diadakan sekitar September atau Oktober dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP).. Katanya, perkara itu adalah pendirian beliau sejak dari awal bahawa sistem demokrasi berparlimen boleh berfungsi semula pada masa yang sesuai apabila kes Covid-19 terkawal dan negara hampir mencapai imuniti kelompok. Beliau turut menyuarakan tekad untuk terus mendukung prinsip demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang menjadi teras kedaulatan Malaysia. Justeru beliau meminta jangan ada pihak yang sengaja menimbulkan keresahan dan kecelaruan dalam kalangan rakyat sehingga mengganggu…

Read More

Pakar, agensi sembah taklimat

KUALA LUMPUR 15 Jun – Beberapa pakar dari agensi-agensi kerajaan dijadual memberi sembah taklimat mengenai hal-hal berkaitan kesihatan, keselamatan, politik dan ekonomi negara dalam Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata,  pandangan-pandangan yang dimemukakan oleh para pemimpin parti politik sebelum ini akan diwasilkan di perbincangan, yang akan bermula pukul 2.30 petang. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini berkenan menerima menghadap 18 pemimpin parti politik secara bersemuka dan maya di Istana Negara, bermula 9 Jun lalu hingga petang…

Read More

Thailand cecah 202,264 kes

BANGKOK 15 Jun – Thailand akhirnya merekodkan 200,000 kes jangkitan Covid-19 apabila 3,000 kes baharu yang dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 202,264 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 2,360 kes dilaporkan dalam masyarakat (termasuk lima kes import), dan 640 berkaitan dengan penjara. Sebanyak 19 kematian dilaporkan iaitu 11 di Bangkok, tiga di Samut Prakan, dua di Saraburi dan masing-masing satu di Nakhon Si Thammarat, Prachin Buri dan Yala. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebanyak 1,485 orang. Untuk rekod, gelombang ketiga sejak…

Read More

Kes baharu Filipina 5,389

MANILA 15 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,389 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,327,431. Menurut DoH, setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 118 orang meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 22,963. Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 1,246,405 orang atau 93.9 peratus termasuk 6,667 kes sembuh yang dilaporkan hari ini. Kes aktif pula 58,063 atau 4.4 peratus.

Read More

101 kematian, 5,419 kes baharu

PUTRAJAYA 15 Jun – Sebanyak 5,419 kes baharu Covid-19 dan 100 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam dengan kes aktif 70,112, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 667,876 manakala jumlah kumulatif kematian 4,069. Daripada jumlah kes baharu itu, enam adalah kes import yang melibatkan empat warganegara dan dua bukan warganegara manakala kes tempatan melibatkan 4,510 warganegara dan 903 bukan warganegara. Sebanyak 101 kematian direkodkan iaitu 98 orang warganegara dan tiga bukan warganegara. Daripada 101 kematian, sebanyak 50 kes direkodkan…

Read More

Singapura lapor 14 kes baharu

SINGAPURA 15 Jun – Singapura melaporkan 14 kes baharu Covid-19 hari ini semuanya kes tempatan tanpa kes import. Menurut Kementerian Kesihatan, sembilan kes mempunyai kaitan dengan kes-kes terdahulu dan daripada jumlah itu, lima sudah dikuarantin manakala empat dikesan menerusi ujian pemantauan. Lima lagi jangkitan koronavirus tidak terkait dengan kes-kes lalu. Setakat hari ini,, Singapura melaporkan 62,315 kes Covid-19 dengan 34 kematian. 

Read More