Thailand cecah 202,264 kes

BANGKOK 15 Jun – Thailand akhirnya merekodkan 200,000 kes jangkitan Covid-19 apabila 3,000 kes baharu yang dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 202,264 kes.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 2,360 kes dilaporkan dalam masyarakat (termasuk lima kes import), dan 640 berkaitan dengan penjara.

Sebanyak 19 kematian dilaporkan iaitu 11 di Bangkok, tiga di Samut Prakan, dua di Saraburi dan masing-masing satu di Nakhon Si Thammarat, Prachin Buri dan Yala.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebanyak 1,485 orang.

Untuk rekod, gelombang ketiga sejak 1 April lalu mencatatkan 173,401 kes di mana 135,292 sembuh manakala jumlah keseluruhan sejak pandemik bermula awal tahun lalu merekodkan 202,264 kes di mana 162,718 sembuh.

Daripada 1,485 kematian yang direkodkan setakat ini, sebanyak 1,391 kematian adalah kesan gelombang ketiga.

Sementara itu, sebanyak 38,061 pesakit sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Related posts

Leave a Comment