101 kematian, 5,419 kes baharu

PUTRAJAYA 15 Jun – Sebanyak 5,419 kes baharu Covid-19 dan 100 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam dengan kes aktif 70,112, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 667,876 manakala jumlah kumulatif kematian 4,069.

Daripada jumlah kes baharu itu, enam adalah kes import yang melibatkan empat warganegara dan dua bukan warganegara manakala kes tempatan melibatkan 4,510 warganegara dan 903 bukan warganegara.

Sebanyak 101 kematian direkodkan iaitu 98 orang warganegara dan tiga bukan warganegara.

Daripada 101 kematian, sebanyak 50 kes direkodkan di Selangor, 11 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 10 di Johor, lapan di Negeri Sembilan, empat  di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing tiga di Sabah, Pahang, Kedah, dan Kelantan, dua kes di Sarawak, serta masing-masing satu  di Pulau Pinang, Melaka, Terengganu, dan Perak.

Sementara itu, 6,831 pesakit sembuh menjadikan 593,695 kes kumulatif, manakala 922 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 450 memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 2,513 kluster dilaporkan setakat ini termasuk 19 kluster baharu. Bagaimanapun 1,735 kluster tamat dan 778 kluster aktif.

Related posts

Leave a Comment