Pakar, agensi sembah taklimat

KUALA LUMPUR 15 Jun – Beberapa pakar dari agensi-agensi kerajaan dijadual memberi sembah taklimat mengenai hal-hal berkaitan kesihatan, keselamatan, politik dan ekonomi negara dalam Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata,  pandangan-pandangan yang dimemukakan oleh para pemimpin parti politik sebelum ini akan diwasilkan di perbincangan, yang akan bermula pukul 2.30 petang.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini berkenan menerima menghadap 18 pemimpin parti politik secara bersemuka dan maya di Istana Negara, bermula 9 Jun lalu hingga petang ini.

Selain pemimpin politik, baginda turut berkenan menerima menghadap Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, Arifin Zakaria di Istana Negara, hari ini.

“Perlu dijelaskan di sini bahawa sesi-sesi menghadap kalangan pemimpin parti politik adalah atas inisiatif serta keperihatinan Seri Paduka Baginda dan berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak Covid-19 serta pelaksanaannya semasa tempoh Darurat,” katanya.

Related posts

Leave a Comment