Singapura lapor 14 kes baharu

SINGAPURA 15 Jun – Singapura melaporkan 14 kes baharu Covid-19 hari ini semuanya kes tempatan tanpa kes import.

Menurut Kementerian Kesihatan, sembilan kes mempunyai kaitan dengan kes-kes terdahulu dan daripada jumlah itu, lima sudah dikuarantin manakala empat dikesan menerusi ujian pemantauan.

Lima lagi jangkitan koronavirus tidak terkait dengan kes-kes lalu.

Setakat hari ini,, Singapura melaporkan 62,315 kes Covid-19 dengan 34 kematian. 

Related posts

Leave a Comment