Kes jangkitan di bawah 1,200

RIYADH 14 Jun – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi merekodkan angka di bawah 1,200 kes buat hari ketiga berturut-turut apabila 1,017 kes dicatatkan  semalam 1,077 dan 1,175:pada Sabtu. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes adalah 465,797 orang. Pasa masa yang sama, Kementerian Kesihatan  mengumumkan 19 lagi kematian menjadikan jumlah keseluruhan 465 orang. Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 1,133 menjadikan jumlah keseluruhan 448,093 kes pulih. Sementara itu Makkah merekodkan kes harian tertinggi dengan 344 diikuti Riyadh 198,  Timur 155, daerah Asir 84, Madinah 68 dan Jazan 60. Ketika ini…

Read More

Vaksinasi syarat masuk ‘mall’

JEDDAH 13 Jun – Hanya individu yang sudah mendapat vaksin boleh memasuki pusat membeli belah di Arab Saudi mulai 1 Ogos ini. Itu syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Jurucakap Kementerian Perdagangan, Abdulrahman Al-Hussein, berkata, mereka perlu sekurang-kurangnya mendapat satu dos suntikan. Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan vaksinasi diwajibkan mulai 1 Ogos bagi mereka yang ingin menghadiri acara sukan dan hiburan, menyertai kegiatan budaya dan memasuki pelbagai tempat swasta dan awam. Abdulrahman berkata bilik persalinan akan dibuka semula dan skrin sentuh dibenarkan digunakan di kedai, pusat beli-belah dan pusat komersial…

Read More

Longgar sekatan, Phuket dibuka

BANGKOK 13 Jun – Bangkok akan melonggarkan sekatan Covid-19 bermula Isnin sementara mulai 1 Julai, pulau peranginan Phuket bakal menyambut kedatangan pelawat asing yang sudah divaksinasi dari negara berisiko rendah. Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berkata keputusan itu dibuat memandangkan wabak di Bangkok ‘terkawal’ manakala 70 peratus penduduk tempatan di Phuket, terutama dalam sektor pelancongan sudah menerima vaksin masing-masing. Katanya, lima jenis perniagaan di Bangkok dan tempat-tempat seperti muzium, taman awam, klinik dan salun kecantikan dan pusat urut (hanya untuk urutan kaki) akan dibuka semula. Bagaimanapun , Prayuth menerusi Facebooknya…

Read More

Hari ke-6 kurang 100,000

NEW DELHI 13 Jun  – Jumlah kes Covid-19 di India meningkat kepada 29,439,989 hari ini dengan 80,834 lagi kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 3,303 pesakit meninggal dunia sejak pagi Sabtu menjadikan jumlah korban kini seramai 370,384 orang. Selama enam hari berturut-turut India menyaksikan jumlah kes kurang daripada angka 100,000 selepas mencecah lebih 400,000 kes selama beberapa hari pada April-Mei.  Masih terdapat 1,026,159 kes aktif, selepas penurunan sebanyak 54,531 kes aktif.  Setakat ini sebanyak 28,043,446 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Read More

Kes harian Indonesia 9,868

JAKARTA 13 Jun – Jumlah kes harian positif Covid-19 di Indonesia hampir mencecah 10,000 apabila merekodkan 9,868 kes menjadikan jumlah kumulatif 1,911,358 kes dengan kes aktif sebanyak 113,388. Kes sembuh pula meningkat kepada 1,745,091 atau 91.5 peratus termasuk 4,655 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini Pada masa yang sama, sebanyak 149 kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah pesakit meninggal dunia meningkat kepada 52,879. Kematian tertinggi direkodkan Jawa Timur sebanyak 29 kes dan kumulatifnya 11.696 diikuti Jakarta 19 (7.431), Riau 13 (1,765), Sumatera Utara 13 (1,102) dan Sumatera Selatan 10 (1,333).…

Read More

10 tempatan, 3 import di Singapura

SINGAPURA 13 Jun – Singapura melaporkan 13 kes baharu Covid-19 di mana 10 daripadanya adalah kes dalam masyarakat manakala tiga lagi kes import menjadikan jumlah keseluruhan 62,276 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, lapan kes dikaitkan dengan kes sebelum ini dengan lima daripadanya sudah dikuarantin dan tiga lagi dikesan melalui proses pengawasan. Dua kes jangkitan tidak ada hubung kait dengan kes terdahulu. Tiga kes import, dua daripadanya adalah rakyat atau Penduduk Tetap yang baru pulang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejurus tiba di Singapura. Tiada jangkitan baharu dilaporkan di asrama pekerja.Sehingga…

Read More

Thailand lapor 2,804 kes baharu

BANGKOK 13 Jun – Thailand merekodkan 2,804 kes baharu Covid-19 yang meliputi 2,395 kes dalam masyarakat termasuk 60 kes import dan 409 lagi kes melibatkan penjara menjadikan jumlah keseluruhan 195,909. Jumlah kematian pula meningkat kepada 1,449 orang berikutan 18 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia hari ini. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), 12 kematian dilaporkan di Bangkok, dua di Chon Buri, dan setiap satu di Pathum Thani, Songkhla, Suphan Buri dan Phuket. Empat kluster direkodkan termasuk tiga kluster di Bangkok, semuanya melibatkan kawasan tempat tinggal pekerja sektor pembinaan manakala satu…

Read More

15 kluster baharu

  PUTRAJAYA 13 Jun – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 15 kluster baharu Covid-19 dengan sebahagian besar melibatkan tempat kerja. Berikut adalah perincian setiap kluster tersebut: Kluster Industri Jalan Sijangkang Utama Melibatkan daerah Kuala Langat dan Klang, Selangor. -Kluster merupakan kategori tempat kerja. -Seramai 221 disaring, 24 posiitf. Kluster Industri Sungai Chandong Sembilan -Melibatkan daerah Klang dan Petaling, Selangor. -Kluster merupakan kategori tempat kerja. -Seramai 104 disaring, 13 posiitf. Kluster Industri Jalan Anggerik Mokara -Melibatkan daerah Klang, Selangor. -Kluster merupakan kategori tempat kerja. -Seramai 45 disaring, 5 posiitf. Kluster PLO…

Read More

Turun sedikit, 64 kematian

PUTRAJAYA 13 Jun – Sebanyak 5,304 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 657,508. Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 5,793 yang dilaporkan semalam . Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kematian baharu yang direkodkan hari ini ialah sebanyak 64 menjadikan jumlah kumulatif korban dalam negara 3,908. Selangor mencatatkan 15 kematian diikuti 10 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh di Johor, enam di Kedah, masing-masing lima di Negeri Sembilan dan Pahang, masing-masing empat di Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing…

Read More

Satu lagi kes import di Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN 13 Jun – Kementerian Kesihatan merekodkan  satu kes import baharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini  249 orang.  Kes melibatkan seorang wanita berumur 33 tahun yang tiba di negara ini daripada Indonesia pada 30 Mei 2021. Beliau mengalami batuk selama sehari pada 11 Jun.  Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, siasatan dan pengesanan kontak mengesahkan tidak ada kontak rapat bagi kes baharu ini memandangkan beliau dikuarantin sebaik sahaja tiba ke negara ini. Setakat semalam, Brunei Darussalam mencatatkan 402 hari kes sifar, iaitu bagi kes terakhir jangkitan…

Read More