Thailand lapor 2,804 kes baharu

BANGKOK 13 Jun – Thailand merekodkan 2,804 kes baharu Covid-19 yang meliputi 2,395 kes dalam masyarakat termasuk 60 kes import dan 409 lagi kes melibatkan penjara menjadikan jumlah keseluruhan 195,909.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 1,449 orang berikutan 18 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), 12 kematian dilaporkan di Bangkok, dua di Chon Buri, dan setiap satu di Pathum Thani, Songkhla, Suphan Buri dan Phuket.

Empat kluster direkodkan termasuk tiga kluster di Bangkok, semuanya melibatkan kawasan tempat tinggal pekerja sektor pembinaan manakala satu lagi kluster di daerah Chatuchak.

Bangkok merekodkan kes tertinggi iaitu 924, diikuti Samut Prakan (217), Ayutthaya (206), Samut Sakhon (139) dan Nonthaburi (122).

Sebanyak 60 kes import pula melibatkan 47 warga Thai yang masuk ke negara ini melalui sempadan (10 masuk secara haram), 10 lagi warga Thai yang tiba dari

India, dan seorang dari United Kingdom serta masing-masing satu dari Sweden dan Singapura.

Related posts

Leave a Comment