Kes harian Indonesia 9,868

JAKARTA 13 Jun – Jumlah kes harian positif Covid-19 di Indonesia hampir mencecah 10,000 apabila merekodkan 9,868 kes menjadikan jumlah kumulatif 1,911,358 kes dengan kes aktif sebanyak 113,388.

Kes sembuh pula meningkat kepada 1,745,091 atau 91.5 peratus termasuk 4,655 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini

Pada masa yang sama, sebanyak 149 kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah pesakit meninggal dunia meningkat kepada 52,879.

Kematian tertinggi direkodkan Jawa Timur sebanyak 29 kes dan kumulatifnya 11.696 diikuti Jakarta 19 (7.431), Riau 13 (1,765), Sumatera Utara 13 (1,102) dan Sumatera Selatan 10 (1,333).

Bagi kes sembuh pula, Jakarta menambah  935 orang dan kumulatifnya sebanyak 422.978 orang diikuti Jawa Barat 712 (302,245), Sumatera Barat 454 (43,210)

Riau 402 (59,724) serta Kepulauan Riau 356 (16,515).

Sementara kes positif pula menunjukkan Jakarta menambah 2.769 kes dan kumulatifnya 448,071, Jawa Tengah 2,579 (215,684), Jawa Barat 1,242 (328,940), Yogyakarta 466 (48,751)  dan Jawa Timur 418 (159,059).

Mengenai vaksinasi, setakat hari ini, 20,158,937 orang telah diberi suntikan termasuk penerima vaksin harian hari ini sebanyak 114.750 orang manakala mereka yang melengkapkan dua dos pula kini 11,568,443 orang.

Related posts

Leave a Comment