Turun sedikit, 64 kematian

PUTRAJAYA 13 Jun – Sebanyak 5,304 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 657,508.

Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 5,793 yang dilaporkan semalam .

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kematian baharu yang direkodkan hari ini ialah sebanyak 64 menjadikan jumlah kumulatif korban dalam negara 3,908.

Selangor mencatatkan 15 kematian diikuti 10 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh di Johor, enam di Kedah, masing-masing lima di Negeri Sembilan dan Pahang, masing-masing empat di Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing dua di Sabah dan Kelantan, serta masing-masing satu kes di Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Terengganu.

Berdasarkan jumlah jangkitan baharu yang dilaporkan pula, terdapat lima kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 73,324 kes.

Sementara itu, jumlah kes yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 917 dan daripada jumlah itu, 452 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam perkembangan sama jumlah kes sembuh melebihi jumlah kes baharu iaitu sebanyak 8,163 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 580,276 kes.

Related posts

Leave a Comment