Satu lagi kes import di Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN 13 Jun – Kementerian Kesihatan merekodkan  satu kes import baharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini  249 orang.

 Kes melibatkan seorang wanita berumur 33 tahun yang tiba di negara ini daripada Indonesia pada 30 Mei 2021. Beliau mengalami batuk selama sehari pada 11 Jun.

 Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, siasatan dan pengesanan kontak mengesahkan tidak ada kontak rapat bagi kes baharu ini memandangkan beliau dikuarantin sebaik sahaja tiba ke negara ini.

Setakat semalam, Brunei Darussalam mencatatkan 402 hari kes sifar, iaitu bagi kes terakhir jangkitan tempatan Covid-19 sejak laporan terakhir dicatatkan, pada 6 Mei 2020.

 Dalam pada itu, setakat ini, sebanyak 108 kes import dicatatkan, iaitu sejak kes terakhir jangkitan tempatan berkenaan dilaporkan.

 Menurut Kementerian Kesihatan lagi, tujuh kes aktif masih menjalani rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan dan kesemua kes yang sedang dirawat di pusat pengasingan tersebut adalah dalam keadaan yang baik menjadikan keseluruhan kes yang sembuh setakat ini seramai 239 orang.

 Seramai 681 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, sementara seramai 19,910 orang menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

 

Related posts

Leave a Comment