Hari ke-6 kurang 100,000

NEW DELHI 13 Jun  – Jumlah kes Covid-19 di India meningkat kepada 29,439,989 hari ini dengan 80,834 lagi kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 3,303 pesakit meninggal dunia sejak pagi Sabtu menjadikan jumlah korban kini seramai 370,384 orang.

Selama enam hari berturut-turut India menyaksikan jumlah kes kurang daripada angka 100,000 selepas mencecah lebih 400,000 kes selama beberapa hari pada April-Mei. 

Masih terdapat 1,026,159 kes aktif, selepas penurunan sebanyak 54,531 kes aktif. 

Setakat ini sebanyak 28,043,446 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Related posts

Leave a Comment