Vaksinasi syarat masuk ‘mall’

JEDDAH 13 Jun – Hanya individu yang sudah mendapat vaksin boleh memasuki pusat membeli belah di Arab Saudi mulai 1 Ogos ini. Itu syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan

Jurucakap Kementerian Perdagangan, Abdulrahman Al-Hussein, berkata, mereka perlu sekurang-kurangnya mendapat satu dos suntikan.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan vaksinasi diwajibkan mulai 1 Ogos bagi mereka yang ingin menghadiri acara sukan dan hiburan, menyertai kegiatan budaya dan memasuki pelbagai tempat swasta dan awam.

Abdulrahman berkata bilik persalinan akan dibuka semula dan skrin sentuh dibenarkan digunakan di kedai, pusat beli-belah dan pusat komersial dengan memastikan operasi nyah kuman dan penjarakan fizikal dilakukan.

Bagaimanapun tegasnya, empat aktiviti yang mengundang kesesakan di dalam dan di luar kawasan komersial masih dilarang, terutama mengundang selebriti dan pengiklan, mengadakan acara untuk kedai dan pasar, pertandingan komersial yang memerlukan kehadiran pengunjung, dan pelancaran produk atau perkhidmatan.

Abdulrahman berkata pihak berkuasa terus memantau pematuhan terhadap tindakan pencegahan dan melakukan 103,274 lawatan pemeriksaan, yang mana 3,436 pelanggaran dilaporkan.

Related posts

Leave a Comment