Singapura longgar sekatan

SINGAPURA 10 Jun  – Mulai Isnin, 14 Jun, Singapura akan memasuki Fasa Tiga (Kewaspadaan Dipertingkat) yang menyaksikan  beberapa sekatan dilonggarkan termasuk had  perhimpunan sosial ditambah daripada dua kepada lima orang. Republik ini memasuki Fasa Dua dari 16 Mei hingga 13 Jun untuk mengurangkan peningkatan kes jangkitan dalam masyarakat. Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF) Gan Kim Yong berkata, sepanjang beberapa minggu lalu, jumlah kes Covid-19 yang berkaitan dan tidak berkaitan telah menurun secara progresif.  Gan yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian berkata, kluster baharu juga semakin kurang dan umumnya melibatkan kluster kecil. “Rutin…

Read More

India catat kematian tertinggi

NEW DELHI 10 Jun – India hari ini mencatat rekod global 6,148 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam setelah sebuah negeri menyemak datanya, sekaligus menimbulkan kecurigaan bahawa angka korban jauh lebih tinggi daripada yang dilaporkan. Menurut perangkaan Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini menjadikan jumlah kematian kepada hampir 360,000, yang ketiga tertinggi di dunia. Rekod dunia sebelum ini adalah 5,527 di Amerika Syarikat pada 12 Februari, juga setelah semakan semula angka kematian sebelumnya. Pada Rabu, wilayah timur Bihar menaikkan jumlah kematiannya dari 4,000 kepada hampir 9,500 setelah menyemak rekod kematian.…

Read More

PKPD di tujuh lokaliti

KUALA LUMPUR 10 Jun – Tujuh lokaliti di Pahang, Johor, Sabah, Sarawak dan Terengganu.dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula pada 12 Jun sehingga 25 Jun. Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu adalah di tiga taman perumahan di Temerloh, Pahang iaitu Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Jaya Indah dan Taman Temerloh Makmur. Turut terlibat di Ladang Tereh Mill, Kluang, Johor ; Lorong Pasir Putih 1, Taman Pasir Putih Fasa 1, Putatan, Sabah ; Kampung Kolong 2, Kuching, Sarawak dan Kampung Tajin, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu. Dalam…

Read More

58 kluster Aidilfitri, 2 Hari Gawai

PUTRAJAYA 10 Jun – Terdapat 60 kluster perayaan yang berpunca daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri (58 kluster) dan Hari Gawai (2 kluster) dilaporkan dalam tempoh 13 Mei 2021 sehingga 10 Jun 2021. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 13,023 individu disaring dalam kluster ini, di mana 3,511 kes Covid-19 telah dikenalpasti seterusnya menjadikan kadar positif adalah sebanyak 27.0 peratus. Daripada jumlah 3,511 kes tersebut, 20 kematian telah dilaporkan dan sehingga kini 11 kes masih dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Negeri-negeri yang mencatatkan bilangan kluster perayaan yang tertinggi adalah…

Read More

5,671 kes baharu, 73 kematian

PUTRAJAYA 10 Jun – Angka harian jangkitan Covid-19 turun kepada bawah 6,000 hari ini dengan 5,671 kes baharu dilaporkan termasuk lapan kes import yang melibatkan empat warga negara dan empat bukan warganegara. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada 5,663 kes tempatan, 4,880 adalah warganegara dan 783 bukan warganegara. Ini menjadikan jumlah kumulatif kini meningkat kepada 639,562 kes sementara kes aktif  sebanyak 79,848. Sebanyak 73 kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 3,684 orang meninggal dunia dengan kematian tertinggi hari ini dilaporkan di Selangor sebanyak 29 kes diikuti 11 di…

Read More

13 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 10 Jun – Singapura melaporkan 13 kes baharu Covid-19 melibatkan empat kes dalam masyarakat dan sembilan kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 62,236 kes dengan 34 kematian. Dua kes tempatan ada kaitan dengan kes jangkitan sebelum ini – satu daripadanya sudah dikuarantin manakala satu lagi dikesan melalui proses pengawasan. Menurut Kementerian Kesihatan, sembilan kes import iaitu tujuh warga Singapura dan dua penduduk tetap telah dikenakan notis jangan keluar rumah sebaik tiba di Singapura. Setakat ini tada jangkitan baharu dilaporkan di asrama pekerja asing.

Read More

Thailand catat 2,310 kes baharu

BANGKOK 10 Jun – Thailand merekodkan 2,310 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini, kurang daripada 2,680 kes yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 187,538. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada jumlah yang direkodkan hari ini, 1,467 kes dilaporkan di hospital, 703 pengesanan dalam masyarakat, 102 kes di penjara dan 38 ketibaan dari luar negara.. Sebanyak 43 kematian dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,375 orang telah meninggal dunia manakala kes sembuh pula meningkat kepada 139,287 berikutan 3,035 lagi pesakit pulih. Kes kematian melibatkan mereka yang berusia…

Read More

70 kes baharu di Vietnam

HANOI 10 Jun – Kementerian Kesihatan Vietnam melaporkan 70 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 12 jam sehingga 6 pagi Khamis, termasuk 66 penularan tempatan dan tiga kes import menjadikan jumlah keseluruhan 8,020 kes. Kes tempatan dilaporkan di Bac Giang sebanyak 16 kes, Bac Ninh (23), Bandaraya Ho Chi Minh (26) dan Ha Tinh (1). Sebanyak 50 kes dikesan di wilayah yang dikenakan perintah sekatan pergerakan dan setakat ini 6,450 kes dicatatkan sejak gelombang baharu bermula 27 April lalu. Sementara itu 16 wilayah yang terjejas dengan wabak tidak melaporkan kes baharu…

Read More

7,485 kes baharu Filipina

MANILA 10 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 7,485 kes tambahan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,293,687 kes. Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 4,504 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah kumulatif pulih sebanyak 1,214,454 atau 93.9 peratus. Jumlah pesakit yang meninggal dunia pula meningkat kepada 22,312 orang termasuk 122 lagi kematian yang direkodkan hari ini. Kes aktif pula sebanyak 56,921 orang atau 4.4 peratus.

Read More

Turun, Selangor masih mendahului

PUTRAJAYA  9 Jun – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 turun kepada 5,671 berbanding 6,239 semalam namun  Selangor masih merekodkan kes harian tertinggi walaupun angka hari ini turun kepada 1,510 berbanding 2,291 pada Rabu, 9 Jun. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula mencatatkan kenaikan iaitu 769 berbanding 704 semalam, Negeri Sembilan 593 (507), Johor 524 (468) dan Sarawak 631 (419), Sabah 350 (232), Kedah 309 (135), Melaka 184 (150). Negeri yang menunjukkan penurunan adalah Kelantan sebanyak 262 berbanding 340 semalam, Pahang 112 (232), Wilayah Persekutuan Labuan 106 (200), Pulau Pinang 166 (194),…

Read More