13 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 10 Jun – Singapura melaporkan 13 kes baharu Covid-19 melibatkan empat kes dalam masyarakat dan sembilan kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 62,236 kes dengan 34 kematian.

Dua kes tempatan ada kaitan dengan kes jangkitan sebelum ini – satu daripadanya sudah dikuarantin manakala satu lagi dikesan melalui proses pengawasan.

Menurut Kementerian Kesihatan, sembilan kes import iaitu tujuh warga Singapura dan dua penduduk tetap telah dikenakan notis jangan keluar rumah sebaik tiba di Singapura.

Setakat ini tada jangkitan baharu dilaporkan di asrama pekerja asing.

Related posts

Leave a Comment