Thailand catat 2,310 kes baharu

BANGKOK 10 Jun – Thailand merekodkan 2,310 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini, kurang daripada 2,680 kes yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 187,538.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada jumlah yang direkodkan hari ini, 1,467 kes dilaporkan di hospital, 703 pengesanan dalam masyarakat, 102 kes di penjara dan 38 ketibaan dari luar negara..

Sebanyak 43 kematian dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,375 orang telah meninggal dunia manakala kes sembuh pula meningkat kepada 139,287 berikutan 3,035 lagi pesakit pulih.

Kes kematian melibatkan mereka yang berusia antara 25 hingga 91 tahun melibatkan 31 lelaki dan 12 wanita.

Bangkok merekodkan 27 kematian , Samut Prakan lima, Nakhon Pathom empat dan Nakhon Sawan dua manakala masing-masing satu kematian di Nonthaburi, Pathum Thani, Songkhla, Kanchanaburi dan Sa Kaeo.

Daripada 187,538 kes keseluruhan, sebanyak 139,287 pesakit pulih termasuk 3,035 dalam tempoh 24 jam manakala 46,876 masih di hospital.

Bangkok pula merekodkan kes harian tertinggi iaitu 788 kes manakala kes import melibatkan warganegara Thailand yang tiba dari United Kingdom dan Kemboja.

Related posts

Leave a Comment