70 kes baharu di Vietnam

HANOI 10 Jun – Kementerian Kesihatan Vietnam melaporkan 70 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 12 jam sehingga 6 pagi Khamis, termasuk 66 penularan tempatan dan tiga kes import menjadikan jumlah keseluruhan 8,020 kes.

Kes tempatan dilaporkan di Bac Giang sebanyak 16 kes, Bac Ninh (23), Bandaraya Ho Chi Minh (26) dan Ha Tinh (1).

Sebanyak 50 kes dikesan di wilayah yang dikenakan perintah sekatan pergerakan dan setakat ini 6,450 kes dicatatkan sejak gelombang baharu bermula 27 April lalu.

Sementara itu 16 wilayah yang terjejas dengan wabak tidak melaporkan kes baharu dalam tempoh 14 hari.

Jumlah pesakit pulih pula seramai 3,636 manakala kes kematian 55.

Semalam, 29,967 telah menerima suntikan menjadikan jumlah keseluruhan , sebanyak 1.39 juta disuntik vaksin dan 47,179 sudah menerima kedua-dua dos.

Related posts

Leave a Comment