Turun, Selangor masih mendahului

PUTRAJAYA  9 Jun – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 turun kepada 5,671 berbanding 6,239 semalam namun  Selangor masih merekodkan kes harian tertinggi walaupun angka hari ini turun kepada 1,510 berbanding 2,291 pada Rabu, 9 Jun.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula mencatatkan kenaikan iaitu 769 berbanding 704 semalam, Negeri Sembilan 593 (507), Johor 524 (468) dan Sarawak 631 (419), Sabah 350 (232), Kedah 309 (135), Melaka 184 (150).

Negeri yang menunjukkan penurunan adalah Kelantan sebanyak 262 berbanding 340 semalam, Pahang 112 (232), Wilayah Persekutuan Labuan 106 (200), Pulau Pinang 166 (194), Perak 143 (175), Terengganu 108 (171), Wilayah Persekutuan Putrajaya 18 (17) dan Perlis 3. (4)

Related posts

Leave a Comment