Kes awal Jun melonjak

PUTRAJAYA 1 Jun – Jika penutup bulan Mei menyaksikan penurunan kes jangkitan harian kepada 6,824 tetapi awal bulan Jun pula, jumlah kes kembali melonjak kepada 7,105 menjadikan jumlah keseluruhan 496,121 kes.

Angka ini juga menunjukkan perbezaan yang ketara pada tarikh yang sama tahun lalu di mana ketika itu mencatatkan 38 kes baharu menjadikan jumlah terkumpul 7,857. Maknanya kes harian hari ini hampir menyamai kes terkumpul 2020.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jumlah kes tempatan adalah 7,103 kes melibatkan 6,550 warganegara dan 553 bukan warganegara manakala dua kes import turut dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 579,462.

Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 6,083 menjadikan jumlah kumulatif pulih 496,121 kes atau 85.6 peratus manakala kes aktif sebanyak 80,474.

Angka kematian juga menunjukkan peningkatan apabila 71 lagi pesakit meninggal dunia iaitu yang melibatkan 69 orang warganegara dan ini menjadikan jumlah kumulatif kematian 2,867 kes.

Setakat ini juga 872 kes sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi dan 419 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment