Suu Kyi jalani baki hukuman di kediaman

YANGON – Bekas Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi, dibenarkan berpindah dari penjara ke sebuah kediaman yang ditetapkan bagi menjalani baki hukumannya.

Menurut stesen penyiar milik kerajaan, Myanmar Radio and Television (MRTV), Presiden Myanmar, U Min Aung Hlaing mengarahkan perubahan lokasi pemenjaraan Suu Kyi selaras dengan peruntukan undang-undang jenayah berkaitan.

Keputusan itu dibuat sempena sambutan Hari Buddha serta atas dasar kemanusiaan dan niat baik kerajaan.

Tentera menggulingkan kerajaan dipilih Suu Kyi lima tahun lalu, menahannya atas pelbagai pertuduhan yang menurut kumpulan hak asasi direka untuk menyingkirkannya daripada politik, sekali gus mencetuskan perang saudara.

Sejak itu, Myanmar dipimpin oleh Min Aung Hlaing, pada awalnya sebagai ketua tentera sebelum bulan ini mengangkat sumpah sebagai presiden selepas pilihan raya.

Pemerhati demokrasi menyifatkan proses itu sebagai penjenamaan semula pemerintahan tentera, selain menolak pelonggaran beberapa sekatan pasca rampasan kuasa sebagai langkah kosmetik untuk memperbaiki imej ni kerajaan.

Kenyataan pejabat Presiden Min Aung Hlaing memaklumkan bahawa sempena cuti umum semalam, semua banduan akan ‘dipotong baki hukuman sebanyak satu perenam’.

Ia tidak menyebut nama mana-mana banduan, tetapi sumber NLD berkata, Suu Kyi, 80, juga akan menerima pengurangan satu perenam daripada baki hukumannya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment