4,824 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 1 Jun – Indonesia merekodkan 4,824 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes 1,826,527 manakala kes sembuh pula meningkat kepada 1,674,479 termasuk 5,360 kesembuhan hari ini. Bagi kes kematian, sebanyak 145 pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif 50,723 orang. Kes aktif pula yang masih memerlukan rawatan berkurangan sebanyak 681 kes dengan jumlahnya 101,325. Lima provinsi merekodkan kes positif tertinggi iaitu Jawa Barat 892 kes dengan jumlah kumulatif 314,841 diikuti Jawa Tengah 851 (200,937), Jakarta 519 (430,578), Riau 452 (60,522) dan Kepulauan Riau 227 (17,054). Jawa…

Read More

Arab Saudi catat peningkatan kes

RIYADH 1 Jun – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus bertambah sedikit apabila rekod baharu dalam tempoh 24 jam menunjukkan 1,251 kes dicatatkan hari ini berbanding 1,245 kes semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan sejak penularan pandemik Covid-19 meningkat kepada 451,687. Menurut Kementerian Kesihatan, 15 lagi pesakit meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 7,377 kematian. Kes sembuh pula meningkat kepada 434,439 orang apabila 1,026 lagi pesakit dilaporkan pulih. Makkah merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu 367, diikuti Riyadh 349, daerah Timur Eastern 148, dan Madinah 88…

Read More

Kilang arak diarah tutup

KUALA LUMPUR 1 Jun – Semua kilang minuman keras diarah tutup serta merta sepanjang tempoh ‘total lockdown’, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan. Beliau berkata, kebenaran untuk beroperasi hanya diberikan kepada kilang-kilang berasaskan makanan dan minuman, namun hanya bagi keperluan asas. “Oleh yang demikian, kilang minuman keras tidak termasuk dalam kategori keperluas asas,” katanya.

Read More

1.2 juta dibenar bekerja di premis

PUTRAJAYA 1 Jun – Dianggarkan 1.2 juta pekerja daripada syarikat yang diluluskan setakat ini dibenarkan untuk bekerja di premis,  pengurangan 2.0 juta tenaga kerja daripada 3.2 juta tenaga kerja bagi syarikat yang diluluskan. Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), setakat 12 tengah hari, sebanyak 517,144 syarikat dengan sejumlah 9.67 juta tenaga kerja mendaftar di bawah Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0. Kementerian itu berkata 95,142 syarikat memperoleh kelulusan untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pematuhan ketat kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu. Bagi syarikat di bawah…

Read More

Jangkitan pertama H10N3

BEIJING 1 Jun –  China melaporkan jangkitan pertama di dunia jenis selesema burung H10N3 terhadap manusia, demikian menurut kenyataan online Suruhanjaya Kesihatan Nasional China (NHC). Bagaimanapun, menurut NHC, risiko penyebarannya secara meluas kepada orang ramai adalah rendah. Kenyataan itu menyatakan seorang lelaki 41 tahun dimasukkan ke hospital dengan gejala demam di bandar timur Zhenjiang pada 28 April lalu dan didiagnosis menghidap H10N3 sebulan kemudian. Menurut NHC lelaki tersebut berada dalam keadaan stabil dan kontak rapatnya tidak melaporkan sebarang gejala luar biasa. Ia menggambarkan H10N3 sebagai patogen rendah iaitu kemungkinan rendah…

Read More

Selangor mendahului , Perlis tiada kes

PUTRAJAYA 1 Jun – Selangor kekal menjadi negeri yang merekodkan kes harian tertinggi, 2,068 kes turun sedikit berbanding 2,111 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Selangor setakat ini 188,994 kes. Ia diikuti Kuala Lumpur yang menunjukkan peningkatan iaitu 817 kes berbanding 387 semalam, Sarawak 703 (654), Kelantan 531 (695), Johor 431 (489) dan Pulau Pinang 400 (328). Hanya Perlis tidak mencatatkan sebarang kes berbanding 12 kes semalam.

Read More

27 kluster baharu

PUTRAJAYA 1 Jun – Sebanyak 27 kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan majoriti kluster adalah melibatkan tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya, daripada jumlah itu, terdapat lapan kluster komuniti, tiga kluster keagamaan dan masing-masing satu melibatkan kluster pendidikan lain, institusi pendidikan berdaftar KPM serta kumpulan berisiko tinggi. Ia melibatkan lapan negeri iaitu Kelantan (6), Johor (5), Selangor (4), Perak (4), Pulau Pinang (3), Kuala Lumpur (2), Sarawak (2) dan Terengganu (1). Setakat ini jumlah kluster yang direkodkan adalah 2,215 kluster dengan 1,547 kluster telah…

Read More

Kes awal Jun melonjak

PUTRAJAYA 1 Jun – Jika penutup bulan Mei menyaksikan penurunan kes jangkitan harian kepada 6,824 tetapi awal bulan Jun pula, jumlah kes kembali melonjak kepada 7,105 menjadikan jumlah keseluruhan 496,121 kes. Angka ini juga menunjukkan perbezaan yang ketara pada tarikh yang sama tahun lalu di mana ketika itu mencatatkan 38 kes baharu menjadikan jumlah terkumpul 7,857. Maknanya kes harian hari ini hampir menyamai kes terkumpul 2020. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jumlah kes tempatan adalah 7,103 kes melibatkan 6,550 warganegara dan 553 bukan warganegara manakala dua kes…

Read More

Kes turun di Thailand

BANGKOK 1 Jun – Thailand hari ini mencatatkan penurunan kes dengan merekodkan 2,230 tetapi jumlah kematian pula berganda, 38 orang berbanding semalam sebanyak 5,485 kes dan 19 kematian. Penurunan kes dipengaruhi oleh jumlah kes di penjara yang merekodkan 77 berbanding 1,973 semalam, manakala kes dalam masyarakat pula 2,132 sementara kes import pula 21. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 162,022 manakala kematian pula sebanyak 1,069 orang. Kes sembuh pula adalah 3,390 pesakit yang dibenarkan keluar hospital dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 111,735. Menurut…

Read More