27 kluster baharu

PUTRAJAYA 1 Jun – Sebanyak 27 kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan majoriti kluster adalah melibatkan tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, daripada jumlah itu, terdapat lapan kluster komuniti, tiga kluster keagamaan dan masing-masing satu melibatkan kluster pendidikan lain, institusi pendidikan berdaftar KPM serta kumpulan berisiko tinggi.

Ia melibatkan lapan negeri iaitu Kelantan (6), Johor (5), Selangor (4), Perak (4), Pulau Pinang (3), Kuala Lumpur (2), Sarawak (2) dan Terengganu (1).

Setakat ini jumlah kluster yang direkodkan adalah 2,215 kluster dengan 1,547 kluster telah tamat dan 688 kluster masih lagi aktif.

Related posts

Leave a Comment