Kes turun di Thailand

BANGKOK 1 Jun – Thailand hari ini mencatatkan penurunan kes dengan merekodkan 2,230 tetapi jumlah kematian pula berganda, 38 orang berbanding semalam sebanyak 5,485 kes dan 19 kematian.

Penurunan kes dipengaruhi oleh jumlah kes di penjara yang merekodkan 77 berbanding 1,973 semalam, manakala kes dalam masyarakat pula 2,132 sementara kes import pula 21.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 162,022 manakala kematian pula sebanyak 1,069 orang.

Kes sembuh pula adalah 3,390 pesakit yang dibenarkan keluar hospital dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 111,735.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Bangkok mencatatkan kematian tertinggi iaitu 22 kes diikuti tiga di Nakhon Pathom, dua masing-masing di Samut Prakan, Suphan Buri dan Kalasin serta satu kes masing-masing di Chiang Rai, Chanthaburi, Chon Buri, Pathum Thani, Songkhla, Udon Thani and Ayutthaya.

Bangkok juga merekodkan kes tertinggi iaitu 864 diikuti , 253 Samut Prakan 253,

Phetchaburi 166, Trang 164, Nonthaburi 112, Saraburi 83, Samut Sakhon 82, Pathum Thani 61, Chon Buri 47, dan Nakhon Pathom 40.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari India (1), China (1), Taiwan (1), Kanada (1), Jepun (1), Jerman(2), Turkey (2), Russia (1), Arab Saudi  (4), Pakistan (2), Indonesia (2) dan  Kemboja (3).

Sebanyak 49,218 pesakit Covid-19 masih mendapatkan rawatan di hospital termasuk 1,236 yang kritikal dan 378 memerlukan alat bantuan pernafasan .

Related posts

Leave a Comment