Selangor mendahului , Perlis tiada kes

PUTRAJAYA 1 Jun – Selangor kekal menjadi negeri yang merekodkan kes harian tertinggi, 2,068 kes turun sedikit berbanding 2,111 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Selangor setakat ini 188,994 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur yang menunjukkan peningkatan iaitu 817 kes berbanding 387 semalam, Sarawak 703 (654), Kelantan 531 (695), Johor 431 (489) dan Pulau Pinang 400 (328).

Hanya Perlis tidak mencatatkan sebarang kes berbanding 12 kes semalam.

Related posts

Leave a Comment