Arab Saudi catat peningkatan kes

RIYADH 1 Jun – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus bertambah sedikit apabila rekod baharu dalam tempoh 24 jam menunjukkan 1,251 kes dicatatkan hari ini berbanding 1,245 kes semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan sejak penularan pandemik Covid-19 meningkat kepada 451,687.

Menurut Kementerian Kesihatan, 15 lagi pesakit meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 7,377 kematian.

Kes sembuh pula meningkat kepada 434,439 orang apabila 1,026 lagi pesakit dilaporkan pulih.

Makkah merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu 367, diikuti Riyadh 349, daerah Timur Eastern 148, dan Madinah 88 .

Sebanyak 9,871 kes aktif dan 1,443 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment