1.2 juta dibenar bekerja di premis

PUTRAJAYA 1 Jun – Dianggarkan 1.2 juta pekerja daripada syarikat yang diluluskan setakat ini dibenarkan untuk bekerja di premis,  pengurangan 2.0 juta tenaga kerja daripada 3.2 juta tenaga kerja bagi syarikat yang diluluskan.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), setakat 12 tengah hari, sebanyak 517,144 syarikat dengan sejumlah 9.67 juta tenaga kerja mendaftar di bawah Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.

Kementerian itu berkata 95,142 syarikat memperoleh kelulusan untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pematuhan ketat kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu.

Bagi syarikat di bawah sektor yang diluluskan yang tidak mendaftar dengan CIMS 3.0 sebelum PKP terbaharu ini, mereka dinasihatkan untuk berbuat demikian sekiranya mereka ingin beroperasi semasa PKP ini.

MITI berkata ia telah mula memproses permohonan daripada syarikat di bawah sektor diluluskan bermula pukul 1 petang semalam.

“Semua surat kelulusan yang dikeluarkan oleh MITI menerusi CIMS 3.0 perlu mempunyai kod QR. Ciri ini diperlukan untuk membolehkan pihak berkuasa dan agensi penguatkuasaan mengesahkan ketulenan surat kelulusan,” katanya.

Related posts

Leave a Comment