4,824 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 1 Jun – Indonesia merekodkan 4,824 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes 1,826,527 manakala kes sembuh pula meningkat kepada 1,674,479 termasuk 5,360 kesembuhan hari ini.

Bagi kes kematian, sebanyak 145 pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif 50,723 orang.

Kes aktif pula yang masih memerlukan rawatan berkurangan sebanyak 681 kes dengan jumlahnya 101,325.

Lima provinsi merekodkan kes positif tertinggi iaitu Jawa Barat 892 kes dengan jumlah kumulatif 314,841 diikuti Jawa Tengah 851 (200,937), Jakarta 519 (430,578), Riau 452 (60,522) dan Kepulauan Riau 227 (17,054).

Jawa Barat turut mencatatkan kes sembuh tertinggi iaitu 2,041 dengan jumlah kumulatif 281,914,  Riau 589 (52,826), Jakarta 519 (412,518), Sumatera Barat 333 (40,423) dan Kepulauan Riau 190 (13,102).

Bagi kematian, Jawa Tengah menambah 23 kes menjadikan 9,207, Jawa Timur 22 (11,357), Kepulauan Riau 22 (361), Riau 13 (1,600) dan Jakarta 12 (7,190).

Sementara itu, bagi program vaksinasi Covid-19, setakat ini jumlah penerimanya meningkat kepada 16,549,581 orang termasuk 108,909 orang yang menerima suntikan hari ini manakala penerima vaksin kedua mencecah 10,714,300 orang.

Related posts

Leave a Comment