Indonesia: Kes positif atasi sembuh

JAKARTA 20 Mei – Jumlah kes positif Covid-19 yang direkodkan Indonesia hari ini adalah 5,797 orang mengatasi kes sembuh sebanyak 4,969 dengan 218 kematian. Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes positif adalah 1,758,898 manakala kes sembuh 1,621,572 dengan jumlah kematian 48,887. Menurut Kementerian Kesihatan, kes aktif atau pesakit yang masih memerlukan rawatan bertambah sebanyak 610 kes dengan  jumlahnya sebanyak 88,439 kes Terdapat lima provinsi menambahkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat 1,324 orang dan kumulatifnya 269,351, Riau 597 (kumulatifnya 47.844), Jawa Tengah 427 (176.268), Banten 344  (45.986) serta Kepulauan…

Read More

Singapura catat 41 kes baharu

SINGAPURA 20 Mei – Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini melaporkan 41 kes baharu Covid-19 yang merangkumi 27 kes dalam kalangan masyarakat dan 14 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 61,730 kes. Daripada jumlah itu, 21 kes ada kaitan dengan kes-kes sebelum ini manakala enam lagi tiada kaitan dengan mana-mana kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) hari ini, tiada kes dilaporkan di asrama pekerja asing. Manakala daripada 14 kes import yang semuanya diberikan notis jangan keluar rumah – 10 adalah rakyat atau penduduk tetap Singapura yang pulang dari India…

Read More

Kes harian Arab Saudi meningkat

RIYADH 20 Mei – Kes jangkitan Covid-19 terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 1,330 kes baharu dalam tempoh 24 jam berbanding 1,213 kes yang direkodkan semalam. Peningkatan jumlah kes baharu itu turut mendorong pertambahan jumlah pesakit yang kini mencecah 437,569 orang. Menurut Kementerian Kesihatan, 13 lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 7,214 orang. Sementara itu, 1,055 kes dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah pulih meningkat kepada 421,726. Daerah Makkah mencatatkan 381 kes diikuti Riyadh 350, Timur 161 dan Madinah 115. Sebanyak 8,629 kes aktif dan daripada…

Read More

Pendekatan berbeza PKP Selangor

PUTRAJAYA 20 Mei – Selangor memerlukan pendekatan yang berbeza, jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh dilaksanakan di negeri itu, kata Pengerusi Pasukan Petugas Khas Menangani Covid-19 Selangor (STFC) Dr Dzulkefly Ahmad. Katanya, berbanding dengan pelaksanaannya semasa PKP 1.0, situasi semasa jangkitan memerlukan PKP mesti bersekali dengan tindakan-tindakan yang dapat menghentikan penularan Covid-19. Katanya, tempoh sekatan pergerakan (lockdown) selama dua minggu tidak cukup untuk benar-benar menghentikan jangkitan virus tersebut, terutamanya jangkitan yang membabitkan kluster yang mempunyai beberapa generasi. Bekas Menteri Kesihatan itu melalui laporan Bernama berkata, jika PKP penuh itu…

Read More

Melaka tetapkan 20 jemaah di masjid

MELAKA 20 Mei – Susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 di negeri ini, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), menetapkan peraturan baharu bilangan yang dibenarkan solat berjemaah iaitu 20 orang bagi masjid dan 10 bagi surau. Prosedur operasi standard (SOP) aktiviti solat jemaah dan program pengimarahan mengikut kapasiti masjid dan surau, itu berkuat kuasa hari ini hingga 7 Jun. Pengarah JAIM, Che Sukri Che Mat berkata, bagi pelaksanaan solat Jumaat di masjid pula, maksimum jemaah dibenarkan adalah 100 orang, termasuk ahli jawatankuasa masjid. Bagi surau diberi kebenaran mengadakan solat Jumaat pula adalah seramai…

Read More

India catat 3,874 kematian

INDIA pada pada Khamis, 20 Mei melaporkan lagi 276,110 kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, sementara angka kematian pula adalah sejumlah 3,874 orang. Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara Asia Selatan itu kini pada angka 25.77 juta, dengan kes kematian keseluruhan sebanyak 287,122 kes. Sementara itu, vaksin yang dihasilkan di China diharap dapat menangani penularan varian baharu yang sedang mengancam India. Menurut pakar kawalan penyakit berjangkit, bekalan vaksin tersebut diyakini dapat memberi perlindungan tambahan ‘ke tahap tertentu’, berdasarkan hasil penyelidikan awal. Bercakap dalam satu taklimat media, Shao Yiming,…

Read More

135 kematian, 6,100 kes baharu

MANILA 20 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 6,100 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,165,155 kes. Pada masa yang sama, sehingga pukul 4 petang ini, 135 pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 19,641 kematian. Kes sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 1,093,602 atau 93.9 peratus dilaporkan sembuh termasuk 4,071 yang pulih hari ini. Terdapat 51,912 kes aktif atau 4.5 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More

Thailand rekod 2,636 kes, 25 kematian

BANGKOK 20 Mei – Thailand merekodkan 2,636 kes baharu Covid-19 dengan 25 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 119,585 kes dan 703 kematian Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,965 kes jangkitan melibatkan orang awam manakala 671 kes dikesan di penjara. Sebanyak 2,268 pesakit dilaporkan pulih dan sejak gelombang ketiga melanda, daripada 90,722 kes yang dilaporkan, sebanyak 49,210 kes pulih. Sementara itu, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) melaporkan 18 lelaki dan tujuh wanita berumur antara 41-94 tahun meninggal dunia di mana dalam kalangan mereka menghidap pelbagai penyakit kronik. Sebelas…

Read More

Hospital swasta diminta bersedia

PUTRAJAYA 20 Mei – Semua hospital swasta diminta bersiap sedia untuk berdepan dengan kadar peningkatan mendadak kes Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, kes Covid-19 melibatkan hospital di seluruh negara semakin meningkat termasuk penggunaan fasiliti di unit rawatan rapi (ICU). Kadar penggunaan katil di ICU di hospital di bawah KKM (Kementerian Kesihatan) kini meningkat melebihi 70 peratus dan di Wilayah Tengah telah melebihi 100 peratus. Kadar kes positif harian menunjukkan peningkatan sebanyak 19.1 peratus berbanding sebelum PKP3.0. “Bilangan kes harian kini masih tinggi tanpa menunjukkan…

Read More