Indonesia: Kes positif atasi sembuh

JAKARTA 20 Mei – Jumlah kes positif Covid-19 yang direkodkan Indonesia hari ini adalah 5,797 orang mengatasi kes sembuh sebanyak 4,969 dengan 218 kematian.

Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes positif adalah 1,758,898 manakala kes sembuh 1,621,572 dengan jumlah kematian 48,887.

Menurut Kementerian Kesihatan, kes aktif atau pesakit yang masih memerlukan rawatan bertambah sebanyak 610 kes dengan  jumlahnya sebanyak 88,439 kes

Terdapat lima provinsi menambahkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat 1,324 orang dan kumulatifnya 269,351, Riau 597 (kumulatifnya 47.844), Jawa Tengah 427 (176.268), Banten 344  (45.986) serta Kepulauan Riau 283 (11.762).

Jawa Barat juga mendahului jumlah kes positif hari ini dengan 1.332 dan kumulatifnya 302.335, diikuti Jakarta 895 kes (421.354), Jawa Tengah 550 (192.138), Riau 421 (53.117) serta Sumatera Barat 349 ( 41.253). 

Bagi kematian tertinggi harian pula, Jawa Tengah menambah 69 kes dan kumulatifnya 8.921, Lampung 23 ( 903), Jawa Timur 21 (11.117), Jakarta 20 (7.022), serta Jawa Barat 14 (4.046). 

Sementara itu bagi program vaksinasi Covid-19 hari ini,  penerimanya mencapai 14,369,233 orang termasuk yang divaksinasi hari ini sebanyak 269.479 orang manakala penerima vaksinasi kedua jumlahnya meningkat kepada 9.536.102 orang.

Related posts

Leave a Comment