Kes harian Arab Saudi meningkat

RIYADH 20 Mei – Kes jangkitan Covid-19 terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 1,330 kes baharu dalam tempoh 24 jam berbanding 1,213 kes yang direkodkan semalam.

Peningkatan jumlah kes baharu itu turut mendorong pertambahan jumlah pesakit yang kini mencecah 437,569 orang.

Menurut Kementerian Kesihatan, 13 lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 7,214 orang.

Sementara itu, 1,055 kes dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah pulih meningkat kepada 421,726.

Daerah Makkah mencatatkan 381 kes diikuti Riyadh 350, Timur 161 dan Madinah 115.

Sebanyak 8,629 kes aktif dan daripada jumlah itu, 1,365 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment