Hospital swasta diminta bersedia

PUTRAJAYA 20 Mei – Semua hospital swasta diminta bersiap sedia untuk berdepan dengan kadar peningkatan mendadak kes Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, kes Covid-19 melibatkan hospital di seluruh negara semakin meningkat termasuk penggunaan fasiliti di unit rawatan rapi (ICU).

Kadar penggunaan katil di ICU di hospital di bawah KKM (Kementerian Kesihatan) kini meningkat melebihi 70 peratus dan di Wilayah Tengah telah melebihi 100 peratus.

Kadar kes positif harian menunjukkan peningkatan sebanyak 19.1 peratus berbanding sebelum PKP3.0.

“Bilangan kes harian kini masih tinggi tanpa menunjukkan sebarang penurunan dalam jangka masa terdekat

“Setiap hospital swasta yang sedang merawat pesakit Covid-19 perlu meningkatkan lebih banyak katil untuk merawat pesakit Covid-19,” katanya dalam satu surat kepada hospital swasta bertarikh 20 Mei 2021.

Dr Noor Hisham dalam masa sama menyedari akan keadaan di hospital swasta yang turut mengalami lambakan pesakit Covid-19.

Bagaimanapun, katanya KKM ketika ini memerlukan kerjasama daripada hospital swasta bagi berdepan sebarang kemungkinan dan situasi luar jangkaan.

“Bilangan maksimum katil yang boleh diagihkan untuk pesakit Covid-19 adalah berdasarkan kapasiti katil wad dan ICU yang dilesenkan.

“Namun peningkatan agihan tersebut perlu berdasarkan kemampuan hospital swasta tersebut tanpa menjejaskan kualiti jagaan kesihatan pesakit,” katanya lagi.

Related posts

Leave a Comment