Thailand rekod 2,636 kes, 25 kematian

BANGKOK 20 Mei – Thailand merekodkan 2,636 kes baharu Covid-19 dengan 25 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 119,585 kes dan 703 kematian

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,965 kes jangkitan melibatkan orang awam manakala 671 kes dikesan di penjara.

Sebanyak 2,268 pesakit dilaporkan pulih dan sejak gelombang ketiga melanda, daripada 90,722 kes yang dilaporkan, sebanyak 49,210 kes pulih.

Sementara itu, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) melaporkan 18 lelaki dan tujuh wanita berumur antara 41-94 tahun meninggal dunia di mana dalam kalangan mereka menghidap pelbagai penyakit kronik.

Sebelas kematian dilaporkan di Bangkok, Pathum Thani (3), Chiang Mai (2) dan masing-masing satu di Lampang, Lamphun, Yasothon, Ratchaburi, Phetchabun, Saraburi, Roi Et, Nakhon Si Thammarat dan Samut Prakan.

Daripada 2,636 kes yang direkodkan, sebanyak 58 adalah kes import yang melibatkan ketibaan dari Switzerland (1), Jepun(1), Tunisia (1), Malaysia (1) and Kemboja (54 melibatkan warga Thai).

Bagi kes di penjara, sejak 1 April hingga 20 Mei, sebanyak 13,597 kes direkodkan termasuk Bangkok 8,921 kes diikuti Chiang Mai 3,932.

Sementara itu, 42,246 pesakit Covid-19 masih dirawat di hospital dan daripada jumlah itu 1,213 kritikal di mana 405 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment