Singapura lapor 38 kes baharu

SINGAPURA 19 Mei – Sebanyak 34 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan empat kes import dilaporkan di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini, 19 Mei menjadikan jumlah keseluruhan 61,689 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), 30 daripada jangkitan dalam masyarakat itu mempunyai hubung kait dengan kes-kes sebelum ini, manakala empat lagi tidak mempunyai kaitan buat masa ini. Kes terkini turut melibatkan pelajar sekolah rendah, sekolah  menengah, dan guru prasekolah serta kakitangan sebuah hospital. Di samping itu, tujuh kes baharu turut  melibatkan kluster Lapangan Terbang Changi, tiga kes kluster Learning Point,…

Read More

Kes kematian tertinggi di India

NEW DELHI 19 Mei – India melaporkan kes kematian harian Covid-19 tertinggi hari ini,  19 Mei dengan merekodkan 4,529 kes dengan jumlah keseluruhan meningkat kepada 283,248 kes. Sebanyak 267,334 kes baharu direkodkan di bawah angka 300,000 untuk hari ketiga berturut-turut dengan jumlah kes keseluruhan pula melebihi 25.49 juta. Pihak berkuasa India berkata, kemampuan kerajaan mengekalkan jumlah kes jangkitan di bawah 300,000 kes dalam tempoh tiga hari berturut-turut adalah tanda gelombang jangkitan semakin terkawal. “Keluk pandemik semakin stabil,” kata VK Paul, Ketua Pasukan Khas COVID-19 kerajaan. Sementara itu Majlis Penyelidikan Perubatan India…

Read More

Kes harian tertinggi di Saudi

RIYADH 19 Mei – Arab Saudi merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi hari ini dalam tempoh hampir sembilan bulan dengan mencatatkan 1,213 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan tambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 436,239 kes Sebanyak 13 kematian direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan 7,201 orang meninggal dunia. Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 910 kes dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 420,671 orang. Sementara itu Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 349 kes diikuti Makkah 334 dan daerah Timur 148 . Terdapat 8,367…

Read More

22 kluster baharu, 516 aktif

PUTRAJAYA 19 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 22 lagi kluster baharu Covid-19 pada hari ini.menjadikan jumlah keseluruhan 1,942 kluster. Sebanyak 1,426 kluster telah tamat manakala 516 kluster masih aktif. Berikut perincian ringkas 22 kluster baharu berkenaan: 1. Kluster Victoria Merdeka * Melibatkan Labuan * Kes dilapor positif pada 14 Mei * 151 individu disaring, 16 dikesan positif 2. Kluster Jalan Kampung Bakau * Melibatkan daerah Kangar, Perlis * Kes dilapor positif pada 14 Mei * 8 individu disaring,7 dikesan positif 3. Kluster Jalan Tuan Hitam * Melibatkan…

Read More

Filipina catat 4,700 kes, 136 maut

MANILA 19 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 4,700 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,159,071 kes. Setakat pukul 4 petang hari ini, seramai 136 lagi pesakit meninggal dunia sekaligus menambah jumlah kematian kepada 19,507. Kes pesakit sembuh pula menunjukkan peningkatan apabila 6,986 lagi pesakit dilaporkan pulih yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,089,613 atau 94.0 peratus. Kes aktif pula 49,951 kes.

Read More

Nyawa rakyat keutamaan Selangor

SHAH ALAM 19 Mei – Menteri Besar, Amirudin Shari hari ini tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan berkenaan laporan kononnya Selangor enggan melaksanakan ‘lockdown’ atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat. Katanya, apa yang dinyatakan oleh Pengerusi Selangor Task Force Covid-19, Dr Dzulkefly Ahmad bukanlah suatu ketetapan kerana ia masih di peringkat perbincangan. “Jadi saya kira saya perlu menjernihkan isu tentang kemungkinan kita menolak atau tidak setuju (PKP yang lebih ketat), sebab perkara ini masih di peringkat berbincangan. “Sekali lagi, kuasa pengumuman serta langkah-langkah PKP dan sebagainya masih tertakluk di…

Read More

PKPD UTM Skudai mulai 21 Mei

KUALA LUMPUR 19 Mei – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor menjadi lokaliti terbaharu yang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 21 Mei hingga 3 Jun. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob menjelaskan keputusan melaksanakan PKPD setelah penilaian risiko dibuat bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan. Sehingga kini, sebanyak 49 kes positif Covid-19 telah direkodkan hasil daripada 346 ujian saringan yang dijalankan oleh KKM yang melibatkan penghuni Kolej Datin Seri Endon, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Tun Dr Ismail, Kolej 9 dan…

Read More

Tawaran vaksin Pulau Pinang ‘scam’

PUTRAJAYA 19 Mei – Tawaran sumbangan dua juta dos vaksin Covid-19 Sinovac kepada kerajaan Pulau Pinang merupakan satu penipuan, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar. “This is a scam. This is bogus,” tegas Khairy dalam satu sidang media hari ini. Khairy mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang memohon Kerajaan Persekutuan meluluskan sumbangan vaksin tersebut dari sebuah syarikat swasta untuk kegunaan rakyat negeri itu. Surat tawaran kepada Ketua Menteri itu dikirimkan oleh individu bernama Yong Chee Kong dari Kota Kinabalu, Sabah…

Read More

Tiada zon hijau di Semenanjung

PUTRAJAYA 19 Mei – Tiada lagi zon hijau direkodkan daerah negeri-negeri di Semenanjung Malaysia susulan peningkatan kes baharu Covid-19 sejak awal Mei. Menurut perkongsian oleh Kementerian Kesihatan (KKM) melalui akaun Twitter,masih terdapat 13 zon hijau di Sabah dan Sarawak. Sepuluh daerah zon kuning adalah Kangar di Perlis; Padang Terap dan Sik di Kedah; Gua Musang di Kelantan; Kemaman dan Hulu Terengganu di Terengganu; Maran dan Cameron Highlands di Pahang; Mesing di Johor serta Perak Tengah di Perak. Lapan daerah pula dikategorikan sebagai zon jingga iaitu Kampar, Langkawi, Marang, Bera, Lipis,…

Read More

Tolak ‘lockdown’ jika diberi pilihan

PUTRAJAYA 19 Mei –  Selangor ‘menolak lockdown’ jika diberi pilihan dalam menghadapi gelombang pandemik Covid-19 yang jumlahnya di selangor semakin meningkat dan hari ini mencecah 2,251 kes. Exco Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembanguan Wanita dan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud berkata, kerajaan negeri bagaimanapun akan patuh jika diarahkan oleh kerajaan Pusat. Sebelum ini, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengesyorkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di Selangor berikutan peningkatan kes. Dr Siti Mariah berkata ‘lockdown’  akan memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi negeri itu. Pihaknya berpendapat PKP penuh…

Read More