Singapura lapor 38 kes baharu

SINGAPURA 19 Mei – Sebanyak 34 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan empat kes import dilaporkan di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini, 19 Mei menjadikan jumlah keseluruhan 61,689 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), 30 daripada jangkitan dalam masyarakat itu mempunyai hubung kait dengan kes-kes sebelum ini, manakala empat lagi tidak mempunyai kaitan buat masa ini.

Kes terkini turut melibatkan pelajar sekolah rendah, sekolah  menengah, dan guru prasekolah serta kakitangan sebuah hospital.

Di samping itu, tujuh kes baharu turut  melibatkan kluster Lapangan Terbang Changi, tiga kes kluster Learning Point, tiga lagi kluster Penhara Changi,

Satu lagi kes yang sudahpuin dikuarantin berkaitan kluster pembahagi kad di Kasino Marina Bay Sands (MBS).

Kes melibatkan rakyat Malaysia berusia 32 tahun yang bekerja sebagai seorang pembahagi kad di kasino. Beliau adalah kontak rapat kepada dua kes yang disahkan positif sebelum ini.

Menurut MoH, jumlah kes baharu dalam masyarakat meningkat kepada 187 kes pada minggu lalu daripada 49 kes pada minggu sebelumnya.

Jumlah kes tidak berhubung kait dalam masyarakat juga naik kepada 49 kes pada minggu lalu daripada sembilan kes pada minggu sebelumnya.

Sementara itu 49 kes dibenarkan keluar daripada hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan keseluruhan jumlah kes pulih 61,183 manakala 221 kes masih dirawat di hospital yang kebanyakan dalam keadaan stabil.

Related posts

Leave a Comment