Tiada zon hijau di Semenanjung

PUTRAJAYA 19 Mei – Tiada lagi zon hijau direkodkan daerah negeri-negeri di Semenanjung Malaysia susulan peningkatan kes baharu Covid-19 sejak awal Mei.

Menurut perkongsian oleh Kementerian Kesihatan (KKM) melalui akaun Twitter,masih terdapat 13 zon hijau di Sabah dan Sarawak.

Sepuluh daerah zon kuning adalah Kangar di Perlis; Padang Terap dan Sik di Kedah; Gua Musang di Kelantan; Kemaman dan Hulu Terengganu di Terengganu; Maran dan Cameron Highlands di Pahang; Mesing di Johor serta Perak Tengah di Perak.

Lapan daerah pula dikategorikan sebagai zon jingga iaitu Kampar, Langkawi, Marang, Bera, Lipis, Rompin, Jelebu dan Kuala Pilah.

Selain daripada daerah zon kuning dan jingga terbabit, semua daerah lain di Semenanjung Malaysia dikelaskan sebagai zon merah.

Zon hijau pula melibatkan Asajaya, Simunjan, Kabong, Marudi dan Telang Usan di Sabah.

Di Sarawak pula, zon hijau ialah Tambunan, Kudat, Nabawan, Pitas, Kuala Penyu, Tongod, Telupid dan Beluran.

Selain itu, sembilan daerah dikelaskan sebagai zon merah di Sarawak dan Sabah (26).

KKM berkata, pemantauan dibuat berdasarkan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia bagi tempoh 5 Mei hingga 18 Mei 2021.

Related posts

Leave a Comment