PKPD UTM Skudai mulai 21 Mei

KUALA LUMPUR 19 Mei – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor menjadi lokaliti terbaharu yang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 21 Mei hingga 3 Jun.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob menjelaskan keputusan melaksanakan PKPD setelah penilaian risiko dibuat bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan.

Sehingga kini, sebanyak 49 kes positif Covid-19 telah direkodkan hasil daripada 346 ujian saringan yang dijalankan oleh KKM yang melibatkan penghuni Kolej Datin Seri Endon, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Tun Dr Ismail, Kolej 9 dan 10 serta Pusat Kesihatan.

Kementerian Kesihatan juga melaporkan kadar positiviti yang tinggi iaitu 14.2 peratus serta taburan kes positif serta kontak rapat telah menular di beberapa kolej lain.

Beliau menjelaskan, pelaksanaan PKPD untuk memudahkan Kementerian menjalankan pengesanan awal kes Covid-19 supaya pesakit serta kontak rapat dapat diasingkan secepat mungkin serta menyekat penularan jangkitan ke kawasan luar.

Related posts

Leave a Comment