49 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 16 Mei – Sebanyak 49 kes baharu Covid-19 dilaporkan Singapura setakat tengah hari ini termasuk 38 jangkitan dalam masyarakat, menjadikan jumlah keseluruhan 61,585 kes Menurut Kementerian Kesihatan, 20 daripada kes dalam masyarakat itu berhubung kait dengan jangkitan sebelum ini, termasuk 13 pesakit yang sudah menjalani kuarantin dan baki 18 kes dalam masyarakat tidak berhubung kait. Sebanyak 11 kes import direkodkan termasuk lima rakyat Singapura atau penduduk tetap yang kembali ke negara ini. Semuanya dikenakan notis jangan keluar rumah atau diasingkan setibanya di Singapura. Kes yang berkaitan termasuklah Kluster Terminal…

Read More

Pembelajaran di rumah 19-28 Mei

SINGAPURA 16 Mei – Semua sekolah rendah dan menengah, maktab rendah, Institut Millennia dan sekolah pendidikan khas akan beralih sepenuhnya kepada pembelajaran di rumah (HBL) mulai 19 Mei sehingga akhir penggal persekolahan 28 Mei. Menteri Pendidikan Chan Chun Sing yang mengumumkan demikian mengakui peralihan sepenuhnya kepada HBL mungkin menimbulkan kebimbangan dalam kalangan sesetengah ibu bapa. “Namun, kami mahu meyakinkan semua ibu bapa dan pelajar bahawa MOE (Kementerian Pendidikan) akan terus menghulurkan bantuan dan sokongan penuh kepada sekolah, guru dan ibu bapa yang memerlukan bantuan tambahan bagi membuat penyesuaian ini,” kata…

Read More

1.7 juta positif, 1.6 juta sembuh

JAKARTA 16 Mei – Indonesia setakat ini merekodkan 1.7 juta kes positif Covid-19 dan pada masa yang sama mencatatkan pertambahan kes sembuh kepada 1.6 juta orang dengan kes aktif pula 90,800. Data yang dikeluarkan pemerintah menunjukkan kes sembuh harian hari ini adalah 3,790 menjadikan kumulatif sembuh 1,600,857 manakala kes positif 3,080 menjadikan jumlah keseluruhan 1,739,750. Jumlah kematian yang direkodkan hari ini adalah 126 kes dan kumulatifnya meningkat kepada 48.093 orang. Sementara itu, lima provinsi merekodkan kes sembuh harian tertinggi didahului Riau 566 orang dan kumulatifnya 45.601, Jawa Barat 442 (263.755), Jawa…

Read More

Arab Saudi kurang 900 kes harian

RIYADH 16 Mei – Buat hari kedua, Arab Saudi merekodkan kes jangkitan Covid-19 di bawah 100 kes dengan catatan 825 hari ini berbanding 837 kes semalam. Bagaimanapun terdapat sedikit tambahan kematian iaitu 15 orang berbanding semalam 13 pesakit meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kumulatif kes setakat 24 jam lalu adalah 433,094 kes dengan jumlah kematian pula 7,162 orang. Kementerian Kesihatan juga melaporkan 1,028 kes sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 417,787 orang. Sementara itu, Makkah mencatatkan jumlah kes harian yang tinggi iaitu 263 diikuti daerah…

Read More

11 kluster baharu, 470 aktif

PUTRAJAYA 16 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan sebanyak 11 kluster baharu direkodkan sehingga pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kluster 1,887 di mana 1,417 telah tamat dan 470 masih aktif. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan empat kluster di Selangor, dua di Johor dan masing-masing satu kluster di Kelantan, Sarawak, Perak, Melaka dan Sabah. KLUSTER PARIT LINTANG, JOHOR Kluster ini melibatkan daerah Batu Pahat dan Johor Bahru. Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 450723, lelaki, Warganegara Malaysia berumur 67 tahun yang dilaporkan…

Read More

Masjid Muhammadi tutup 2 minggu

KOTA BHARU 16 Mei – Masjid Muhammadi di sini diarah tutup kepada jemaah awam selama dua minggu bermula esok hingga 31 Mei ini selepas didapati berlaku penularan wabak Covid-19 dalam kalangan jemaah masjid itu. Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Zulkifle Ab Rahman berkata arahan itu dibuat atas saranan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Bharu bagi membendung penularan wabak berkenaan.  “Sehubungan itu MAIK mengambil inisiatif untuk menutup masjid ini kepada jemaah awam selama dua minggu bermula esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.  Beliau berkata sepanjang tempoh itu, hanya 13 petugas masjid…

Read More

3,780 kes positif, 36 kematian

PUTRAJAYA 16 Mei – Sebanyak 3,780 kes baharu positif Covid-19 dicatatkan sepanjang 24 jam yang lalu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini 470,110 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, 36 kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,902 kes. Sehingga hari ini, 3,990 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 426,319 kes keseluruhan pulih di Malaysia. Untuk rekod semasa, 520 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 272 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Read More

Indonesia henti sementara AstraZeneca

JAKARTA 16 Mei – Indonesia menghentikan sementara penggunaan dan agihan satu bekalan vaksin AstraZeneca (Batch CTMAV547) bagi memastikan keselamatan dan tidak memudaratkan selepas menerima suntikan vaksin tersebut,. Menurut Kementerian Kesihatan Indonesia hari ini, ujian kawalan mutu vaksin dan keracunan akan dilakukan ke atas bekalan sebagai langkah berjaga-jaga. Dalam satu kenyataan, Ia melibatkan 448,480 dos vaksin yang tiba di negara itu bulan lalu sebagai sebahagian daripada lebih 3.85 juta dos vaksin yang diterima Indonesia. Beberapa dos vaksin sudahpun diedarkan di sebahagian kawasan ibu kota Jakarta dan wilayah Sulawesi Utarat, kata kementerian…

Read More

Selangor kekal kes tertinggi

PUTRAJAYA 16 Mei – Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan 1,275 kes bersamaan kumulatif kes sebanyak 153,663 kes. Angka tersebut berkurangan sedikit berbanding 1,507 kes yang direkodkan semalam. Ini diikuti Sarawak dengan 405 kes bersamaan kumulatif 38,383 kes setakat ini. Kedah pula mencatatkan 363 kes, diikuti Kelantan (357), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (342) dan Johor (224). Negeri yang mencatatkan kes baharu di bawah 200 kes adalah Pulau Pinang (187), Pahang (159), Melaka (122) dan Perak sebanyak 115 kes. Sabah pula mencatatkan 87 kes, Negeri Sembilan (70), Terengganu (58), Wilayah Persekutuan…

Read More

Filipina catat 5,790 kes harian

MANILA 16 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,790 kes tambahan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,143,963 kes. Sebanyak 140 orang pesakit dilaporkan meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 19,191 kematian. Kes pulih pula menunjukkan peningkatan apabila mencatatkan 1,069,868 berikutan 7,541 lagi pesakit dilaporkan sembuh. Kes aktif pula 54,904 atau 4.8 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More