1.7 juta positif, 1.6 juta sembuh

JAKARTA 16 Mei – Indonesia setakat ini merekodkan 1.7 juta kes positif Covid-19 dan pada masa yang sama mencatatkan pertambahan kes sembuh kepada 1.6 juta orang dengan kes aktif pula 90,800.

Data yang dikeluarkan pemerintah menunjukkan kes sembuh harian hari ini adalah 3,790 menjadikan kumulatif sembuh 1,600,857 manakala kes positif 3,080 menjadikan jumlah keseluruhan 1,739,750.

Jumlah kematian yang direkodkan hari ini adalah 126 kes dan kumulatifnya meningkat kepada 48.093 orang.

Sementara itu, lima provinsi merekodkan kes sembuh harian tertinggi didahului Riau 566 orang dan kumulatifnya 45.601, Jawa Barat 442 (263.755), Jawa Tengah 399 (174.225), Jakarta 293 (404.984) serta Kepulauan Riau 242  (11.243). 

Bagi penambahan kes positif harian Jawa Barat menambah 792 kes dan kumulatifnya 297,304 diikuti Riau 355 (51.673), Jawa Tengah 346 (189.950), Kepulauan Riau 222 (13.421), serta Jawa Timur 164 (151.248).

Jakarta pula menambah 18 kes kematian dengan jumlah kumulatifnya 6,943, Jawa Timur 16 (11.018), Jawa Tengah 16 (8.738), Kepulauan Riau 12 (298) serta Sumatera Selatan tujuh kes dengan kumulatifnya 1.111 kes.

Sementara itu program vaksinasi Covid-19 kini melebihi 13 juta atau 13.737.596 orang berikutan 15,969 lagi mendapat suntikan di mana penerima vaksinasi kedua meningkat menjadi 8.970.715 orang.

Related posts

Leave a Comment