Arab Saudi kurang 900 kes harian

RIYADH 16 Mei – Buat hari kedua, Arab Saudi merekodkan kes jangkitan Covid-19 di bawah 100 kes dengan catatan 825 hari ini berbanding 837 kes semalam.

Bagaimanapun terdapat sedikit tambahan kematian iaitu 15 orang berbanding semalam 13 pesakit meninggal dunia.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kumulatif kes setakat 24 jam lalu adalah

433,094 kes dengan jumlah kematian pula 7,162 orang.

Kementerian Kesihatan juga melaporkan 1,028 kes sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 417,787 orang.

Sementara itu, Makkah mencatatkan jumlah kes harian yang tinggi iaitu 263 diikuti daerah Riyadh sebanyak 231, Timur 98 dan Madinah 62 kes.

Jumlah kes aktif pula 8,145 di mana 1,376 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment